suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai hati hampakan kawan bukan Islam, wanita makan juga karipap air tangan ibunya - “Berdosa ke saya?”

Amalan berkongsi juadah mampu mengeratkan hubungan antara rakan dan kenalan. -Gambar hiasan AI

PERBEZAAN agama bukan penghalang untuk jiran mahupun rakan berlainan kepercayaan berkongsi makanan atau menghulurkan pemberian atas dasar hidup bermasyarakat.

Namun bagi umat Islam, aspek halal dan haram adalah perkara penting perlu diambil kira termasuk bahan yang digunakan serta kebersihan perkakas memasak.

Situasi itulah yang membuatkan seorang wanita serba salah apabila ditawarkan karipap air tangan ibu rakannya yang bukan beragama Islam.

Berhati-hati ketika memilih makanan yang disediakan bukan Muslim. -Gambar hiasan AI

"Hari itu kawan non muslim saya bagi karipap. Penat mak dia buat dan nak bagi saya rasa. Saya rasa serba salah nak tolak.

"Saya takut dia terasa dan sedih walaupun dia sendiri kata tak ada letak benda (bahan masakan) haram," ceritanya di Threads.

Bagaimanapun, timbul keraguan dalam hatinya sekiranya perkakas dapur yang digunakan untuk membuat karipap itu pernah bercampur dengan penyediaan makanan yang tidak halal.

Wanita itu turut mempersoalkan sama ada berdosa jika dia menolak pemberian tersebut semata-mata kerana keraguan berkenaan.

"Dia bagi secara depan-depan dan tunggu je saya makan sebab nak tahu karipap tu sedap ke tidak. Saya tak dapat elak.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bergaduh terus tak halalkan makanan dan minuman pernah diberi... Jatuh hukum ke jika buat begitu?

ARTIKEL BERKAITAN: Agama tolak tepi janji perut kenyang... Wanita terkejut calon BF ajak ‘dating’ kedai tak halal!

"Jadi nak tak nak, saya makan juga karipap tu sebab tak mahu dia bersedih. Berdosa ke saya," luah wanita itu penuh kegusaran mengenai situasi tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai pandangan daripada netizen, dengan rata-ratanya menasihatkan agar dia tidak terlalu waswas atau bersangka buruk terhadap perkara yang belum pasti. 

  • Wanita serba salah makan karipap pemberian rakan bukan Islam.
  • Bimbang perkakas memasak pernah digunakan untuk makanan haram.
  • Tak sampai hati menolak, wanita tetap makan karipap itu.
  • Netizen nasihat jangan terlalu melayan perasaan was-was.
  • Mufti jelaskan hukum makan makanan dimasak bukan Islam.

Mengulas mengenai situasi seumpama ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi portalnya ada menjelaskan makanan yang menggunakan bahan halal serta dimasak menggunakan perkakas tanpa sebarang bukti terkena najis adalah harus dan boleh dimakan.

Namun, jika perkakas itu memang digunakan untuk memasak khinzir atau terkena najis dan belum disucikan mengikut hukum syarak, makanan berkenaan perlu dielakkan.

Justeru, umat Islam tidak perlu menganggap semua perkakas milik individu bukan Islam sebagai tidak suci kerana hukum asalnya adalah suci selagi tiada bukti ia terkena najis.

Artikel Lain